Asalammualaikum kepada semua yang baca blog aku. dalam blog ni aku aku nak bercerita tentang part time job. Pada zaman ini, aku rasa setiap orang mesti terasa dengan inflasi. (dulu RM50 boleh beli macam-macam sekarang beli 2 tiga benda dah habis RM50). duit semakin mengecil, tak sama macam dulu, boleh dikatakan singgit dulu sama dengan seratus sekarang. masalahnya di malaysia ni sekarang ialah walaupun harga barang naik, gaji kita masih takat tu je (aku le tu) tak seimbang langsung. macam mana nak belanja beli barang? (simpan duit conform tak de huhu). korang semua mesti tahu yang kerajaan dah wartakan sesiapa pendapatan kurang RM3000.00 di kategorikan miskin (wah aku miskin lah, agaknya berapa ramai orang miskin macam aku) sepatutnya pendapatan perkapita dimalaysia ni dilingkungan 10k ke 30k beb, jurang kita dah semakin jao (orang kaya terus kaya, miskin terus miskin, kenapa ini berlaku ? sistem kapitalis!!!) aku ada kawan orang jepun kerja di malaysia, dia kat sini kerja hotel blu wave gaji 5 ribu beb, bagi aku dah mewah la tu, tapi dia kata gaji tu kat jepun cuma untuk orang kerja 7e jer huhu, terkejut aku. kita kat cni cuma bawah 1ribu jer aku rasa keje 7e tu huhu. bayangkan kalo keje pegawai, berapa lah agak nya (cani aku pun nak g keje kat sana, setahun dah kaya, boleh beli GTR hehe) memang lah barang kat sana agak mahal tapi gaji mereka lumayan, yang menggangur tetap ada sebab penduduk jepun ramai gila beb mencecah 100k keatas, berbanding malaysia 28 juta jer, sepatutnya kita jadi macam negara dubai, rakyat sana tak perlu kerja pun, orang asing yang datang kerja kat sana (pagi-pagi bangun pergi kedai minum kopi, syokyer) malaysia ni kaya, macam-macam ada seperti minyak, balak, getah, kelapa sawit, timah, dan macam-macam lagi dan kelibihan malaysia ialah aman, tiada bencana alam yang dasyat, permukaan bumi yang subur berbanding negara jiran lain (tapi kenapa aku tetap miskin waaa, kerajaan tolong story sikit kat aku). aku ada dengar pembalakan kat serawak tu pun dah dapat berbilion-bilion (tapi betul ke taib mahmud ambik semuayer? rakyat cane? kalo di agihkan aku rasa boleh la mengurang beban aku ni huhu). aku suka baca blog kawan aku ni http://myanwerto1malaysia.wordpress.com/, dia memberi idea kepada kerajaan bagaimana membentuk negara malaysia ni, respect tol aku kat mamat ni. (macam berpolitik pulak aku ni, aku tak suka politik kerana bagi aku politik sekarang tak mengikut ciri islam yang sebenar, sistem demokratik ni adalah ciptaan barat untuk memecah belahkan orang islam, aku tak nak bersubahat, jadi aku tak mendaftar mengundi pun) panjang betul mukadimah aku ni. (nak memikat orang supaya baca blog aku hehe, orang baru katakan)
Disebabkan semua yang aku ceritakan diatas, terlintas di fikiran aku untuk menjana pendapatan lebih melalui part time job untuk menampung kehidupan dan merasa sedikit kemewahan (aku tak nak pun duit berjuta-juta, sekadar mampu beli rumah yang selesa, kereta yang aku minat, superbike R1 dan selebih nya untuk beli barang keperluan dan dapur) pada mulanya tak ada 1 pun part-time job yang menarik minat aku sebab kebanyakkan nya hanya menipu je, dan tak berbaloi untuk buat (dah lah penat dapat ciput jer), aku teruskan mencari. dan akhirnya aku pun jumpa, mungkin dah takdir agaknye. ape part-time job yang aku buat? nak tau? aku akan tulis dalam post yang seterusnya hehe, penat menaip dan nak cari idea bagi korang terpikat : ). tolong komen dalam ruangan yang disediakan atau email ke darolleman@gmail.com terima kasih kerana sudi melawat blog aku ni. : ) : ) : )
No comments:
Post a Comment